SETIU TREASURE HUNT 2000

taklimat.gif (133096 bytes)

Hebat, pelek, lain dari yang lain, mencabar minda sambil menikmati  keindahan alam semula jadi di sepanjang perjalanan yang berkonsepkan mesra alam. Demikianlah yang dirasai oleh kira-kira 212 orang peserta dengan 53 buah kereta yang menyertai ekspedisi menjelajah mesra alam dalam SETIU TREASURE HUNT 2000 sempena Pekan Budaya Daerah Setiu pada 17 Jun 2000. Acara mencari 'harta karun' selama satu hari suntuk adalah sesuatu yang tidak dapat dilupai kerana  peserta dapat menikmati keseronokannya. Ini disebabkan banyak perkara menarik dapat dijadikan kenangan sepanjang menyertai acara Setiu  Treasure Hunt 2000
anjuran (KESUNTI) Kelab Sukan Dan Kebajikan Pejabat Daerah & Tanah Setiu  yang bermula dari Pekan Budaya Rhu Sepuluh melalui sembilan check point sebelum kembali semula ke Tapak Pekan Budaya. Pastinya perjalanan mengelilingi daerah Setiu dari pagi hingga ke petang bukan sahaja memenatkan malah menjemukan tetapi setiap peserta melahirkan rasa seronok walaupun terpaksa menjawab 100 soalan sepanjang perjalanan. Ini  termasuk mengutip lima harta tersembunyi yang diarahkan oleh penganjur. Barangan yang perlu dikutip terdapat disepanjang perjalanan berdasarkan klu yang diberi dalam soalan. Yang paling melucukan ialah soalan-soalan yang menguji minda peserta.

Bagi peserta yang biasa menyertai acara treasure hunt merasakan suatu kelainan sama sekali dengan format yang dibuat oleh penganjur pada kali ini. Pelan dan petunjuk arah tidak disediakan kepada peserta tetapi melalui arah ringkas dan soalan yang diberi pada setiap chek point menjadi pedoman untuk menuju dari suatu check point ke chek point yang lain. Ramai peserta yang terbabas dan ada yang terpaksa berpusing tiga empat kali untuk mencari check point. Setiap check point mesti dilalui bagi menyerah jawapan dan mendapatkan soalan yang baru. Jika jawapan tidak diserahkan pada check point yang diarahkan peserta tidak akan mendapat arahan baru untuk meneruskan perjalanan. bukan itu sahaja, malahan jawapan nya tidak akan diterima pada check point yang lain. Bermakna ia akan mendapat kosong markah pada check point tersebut.

Dua orang Urusetia ditugaskan pada setiap check point. Ia juga bertindak sebagai pemeriksa dan juga hakim. Yang paling mencabar urusetia juga mendapat soalan dan skima jawapan pada saat yang sama peserta mendapat soalan. Ini dilakukan bagi mengelakan kebocoran. Selepas soalan diperiksa markah akan dihantar kepada urusetia induk di Tapak Pekan Budaya untuk dimasukan kedalam komputer. Kaedah ini akan mempercepatkan penjumlahan markah dan keputusan dapat diperolehi dalam tempuh lima belas minit selepas acara tamat

Yang menariknya ada di antara peserta yang terkeliru membaca klu dan terlepas beberapa check point . Menyedari kesilapan tersebut ada yang terlalu kecewa dan tak lalu makan walaupun makan tengah hari nasi bungkus telah  di sediakan oleh penganjur manakala yang  terlalu seronok hingga tidak rasa lapar kerana asyik menjawab soalan dan mencari harta karun yang di kehendaki oleh penganjur.

Biarpun masa yang di ambil agak panjang untuk mengelilingi Daerah Setiu , rasa keletihan tidak terasa kerana di sepanjang jalan, ada sahaja perkara menarik untuk dilihat dan di perhatikan sebagai usaha menjawab setiap soalan yang disediakan. Apa lagi acara bertemakan 'Mesra Alam' untuk mengenali kampung dan desa di Setiu. Tidak kurang juga untuk mengenali destinasi pelancungan di Daerah Setiu. Walaupun sebahagian besar perserta adalah penduduk daerah Setiu sendiri, tetapi sebahagian besar mereka tidak pernah sampai ke destinasi pelancungan seperti Lata Payung dan Peladang Setiu Agro Resort.

berlepas.gif (138282 bytes)

Sebaik sahaja para peserta di lepaskan oleh En Adzlan bin Mohd Dagang, Pegawai Daerah Setiu pada jam 8.30 pagi. Peserta menuju ke Jeti Merang. Urusetia berada di check point yang pertama berhadapan dengan Aryani Resort. Perjalanan yang singkat pada jarak yang dekat. Peserta di kelirukan dengan tiga papan tanda yang mana font seperti  tulisan Jepun, menyebabkan ramai peserta tidak berjumpa dengan check point. Tambahan pula peserta diarah mengutip seekor binatang yang tak boleh berlari, berjalan, berenang, bergolek , mengesok, berguling dan sebagainya tetapi boleh sampai di Pantai Merang. daripada check point ini peserta diarah menuju ke Lembah Bidong melalui Sutra Beach menuju ke Taman Industri Tani Terengganu, Perumahan PPRT dan seterusnya bertemu dengan Urusetia di Check Point kedua di Telaga Papan. Di Taman  Industri Tani Terengganu peserta di klukan untuk mengambil sehulai daun roselle.

Daripada Kampung Telaga Papan peserta menuju ke check point ketiga melalui jalan raya T151 di Lata Payong. Di sini peserta dikehendaki mengutip lumut sepert karpet diatas batu. Ramai peserta terperanjat kerana tidak menyangka di Setiu juga terdapat tempat perkelahan hutan lipur seperti Sekayu yang masih belum terusik. Seterusnya menuju ke Dusun Nukleus Pelung di check point yang keempat. Disini satu lagi projek pertanian yang boleh dijadikan tarikan pelancungan. Perdana Menteri dan bekas TPM pun pernah melawat kesana. Ia merupakan satu contoh perancangan strategik daerah Setiu untuk memajukan masyarakat luar bandar yang telah mendapat pujian daripada MAMPU.

Check point yang kelima berda di Pekan Seri Langkap yang merupakan pintu masuk ke Daerah Setiu daripada Kuala Terngganu. Pekan yang berpotensi untuk berkembang dimasa akan datang. Dalam perjalanan ke check point keenam di Putera Jaya, peserta diberi klu supaya mengutip jambul nenas.Daripada Putera Jaya perjalanan peserta menuju ke Peladang Setiu Agro Resort dimana makan tengahari di sediakan. sebuah destinasi pelancungan yang amat menarik yang berkonsepkan Agro-tourism.

markah.gif (67944 bytes)

Selepas solat zohor peserta menuju pula ke Perkampungan Saujana dimana urusetia di check point ke lapan menunggu disana. Berbekal dengan arahan perjalanan menuju ke check point di Kampung Fikri. Seterusnya ke Check Point penamat di Tapak Pekan Budaya Rhu Sepuluh. Jam 5.30 petang semua peserta telah selamat tiba dan menunggu keputusan diumumkan pada jam 5.45 petang.

Setiu Treasure Hunt 2000 merupakan aktivi yang julungkali di anjurkan oleh KESUNTI yang melibatkan 90% peserta adalah dikalangan penduduk Setiu. Perkara yang lebih menarik lagi 80% peserta adalah mewakili Jawatankuasa Syura Rakyat ( JSR ) di Daerah Setiu. Berbeza dengan  dengan acara  Treasure Hunt yang lain peyertaan mengambarkan hubungan yang erat diantara JSR dan Pejabat Daerah. Kerjasama yang erat memudahkan pentadbiran dan pembangunan masyarakat di laksanakan.
                                         umung.gif (41623 bytes)
Acara ini lebih meriah lagi mengambil sempena dengan Pekan Budaya Daerah Setiu yang berlangsung pada 16 hingga 20 Jun 2000 yang merupakan acara tahunan untuk mempromosikan produk  kebudayaan, kesenian dan Pelancongan  di Daerah Setiu.Yang pastinya, acara ini tentunya boleh memperkenalkan destinasi-destinasi pelancongan yang menarik di Negeri Terengganu khususnya di Daerah Setiu.
juara.gif (99816 bytes)

Sementara itu,Kereta DU 5144, Cikgu Abd. Aziz b. Ismail,Zainuddin Jaafar, Nik Roseli Nik Soh dari Putera Jaya memenangi wang tunai RM750.00 di samping hadiah iringan setelah muncul juara dalam acara Setiu Treasure Hunt 2000. Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh En Aziz bin Harun dengan kereta TM 1967 bersama Zaidi Mohamad, Juraimi Abdullah, dan Che Mohd Sabri Che Mohd Noor  dari Jertih  meraih hadiah wang tunai RM500.00  manakala Tg Mohd Khazaki b. Tg Hussin dan rakan-rakan dari Kg Bukit Kemudu  menduduki tempat ketiga dengan hadiah RM300.00. Disamping sepuluh pemenang penganjur juga telah menyediakan 20 hamper untuk cabutan bertuah kepada yang tidak memenangi hadiah. Semua hadian dan hamper disampaikan oleh YB Ustaz Hj Mohamad bin Hj Hitam ADUN Langkap.
bertuah.gif (72415 bytes)

 

BACK