PERASMIAN PEKAN BUDAYA DAERAH SETIU

perasmian.gif (272557 bytes)

Rhu Sepuluh 16 jun 2000 : Rakyat diseru mengamalkan budaya Islam dan meninggalkan budaya yang bertentangan dengan Islam. Sesuatu yang diamalkan oleh masyarakat akan terus menerus dianggap betul walaupun ia nya bertentangan dengan agama, oleh itu menjadi tanggung jawab semua pihak untuk membetul dan menegor masyarakat agar gejala yang tidak sihat dapat di benteras. Tanggongjawab ini tidak boleh diserahkan kepada kerajaan semata-mata . Demikian saranan yang dibuat oleh YB Ustaz Wan Hassan semasa merasmikan Pekan Budaya Daerah Setiu di Pantai Peranginan Rhu Sepuluh malam tadi.

Terdahulu daripada itu ketibaan YB Ustaz Wan Hassan bin Mohd Ramli Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri Terengganu di simpang Tiga Jalan Masuk Ke Tapak Pekan Budaya Rhu Sepuluh Setiu, di sambut oleh Pegawai Daerah, AJK pekan Budaya Daerah dan Ketua-ketua Jabatan Daerah Setiu. Dengan menaiki Kuda dan diringi dengan paluan Rebana dan Kertok. Selepas ucapan perasmian pada jam 9.00 malam YB memalu Gong sebagai simbolik perasmian. Sebaik sahaja Gong dipalu   YB dibawa melawat gerai-gerai pameran diiringi oleh persembahan  " The Sound of Terengganu".