LAWATAN KE PULAU LAGENDA, LANGKAWI


Setiu- 13 Julai- Pulau Lagenda,Langkawi, kami sekali lagi  ke Pulaumu untuk mencari ketenangan. Dalam kesibukan kami di bumi Setiu yang bertuah ini, namamu sentiasa bermain dibibir di pihak kami, Ahli Jawatankuasa Setiu Treasure Hunt dan Karnival Memancing.Setelah penat memerah keringat masa dan tenaga  satu kejayaan telah kami kecapi dengan hasil usaha kami menganjurkan Setiu Treasure Hunt dan Karnival Memancing sempena Pekan Budaya Daerah Setiu. Kejayaan ini merupakan satu kejayaan yang besar pada kami semua walaupun tidak berpengalaman untuk menganjurkannya, namun dengan semangat yakin boleh serta komitmen tinggi yang diketuai oleh En. Jahani Ismail ahli jawatankuasa   telah berjaya membuktikan bahawa 'Setiu Boleh'.

tiba01.jpg (25910 bytes)

Rombangan Ahli Jawatankuasa Treasure Hunt dan Memancing bersedia menaiki feri yang menggamit kedatangan kami


Tepat jam 7.00 pagi rombongan kami mula bertolak dari Putera Jaya Setiu dengan menaiki bas SUK Terengganu. Pelbagai gelagat yang dapat dilihat sepanjang perjalanan kami, boleh dikatakan sepanjang perjalanan itu juga suasana sentiasa riuh rendah dengan aksi yang tersendiri begitu juga pemandu bas SUK, kemesraan dan keramahan rombongan kami telah memikat hati pemandu bas untuk sama-sama merasai keseronokan ini.Banyak destinasi yang kami singgahi untuk mengisi perut yang kadang kala berbunyi.............


Tepat jam 7.00 pagi rombongan kami telah sampai ke Jeti Kuala Perlis. Di situ kami bersembahyang Subuh serta makan minum yang ditanggung oleh pengerusi Ahli Jawatankuasa Setiu Treasure Hunt dan Memancing sementara menunggu feri yang akan membawa kami menuju ke destinas kami yang terakhir 'PULAU LANGKAWI' pulau lagenda jam 7.30 pagi.

feri01.jpg (21200 bytes)

apa yang difikirkan tu..........aku nak bawak balik apa ya....nanti


Hampir jam 9.00 pagi feri yang membawa rombongan kami mula menghampiri Jeti Kuah. Kedatangan kami telah disambut oleh Wan Roslan, pengurus tempat penginapan yang juga merupakan pemandu pelancong  sepanjang kami berada di Pulau Langkawi. Pelbagai tempat yang kami lawati, apa yang pasti lawatan kali ini merupakan satu lawatan yang sungguh bermakna pada kami, setiap tempat yang dikunjungi, kami sentiasa bersama-sama.Boleh dikatakan hampir semua tempat yang menarik telah kami singgahi.

ikan01.jpg (24603 bytes)

UnderWater World salah satu tempat yang amat menarik. Yang datang pasti melawat UnderWater World tempat pelbagai spesis ikan yang terdapat diseluruh dunia

sarapan.gif (119098 bytes)

salah satu tempat yang rombongan kami singgah untuk menikmati makan pagi

back / next