PEJABAT DAERAH SETIU,
22100 PERMAISURI,
TERENGGANU DARUL IMAN.

                                                            Ruj. Kita      :
                                                            Bertarikh      : 08 Mei 2000
                                                            Bersamaan   : 04 Safar 1421

Tuan/Puan,

SETIU TREASURE HUNT SEMPENA PEKAN BUDAYA SETIU 2000

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas sukacita memaklumkan Jawatankuasa Pekan Budaya Daerah Setiu akan menganjurkan acara Treasure Hunt (Mencari Harta Karun) bermula daripada Tapak Pekan Budaya Setiu di Pantai Peranginan Rhu Sepuluh mengelilingi Daerah Setiu pada 17 Jun 2000 melalui jalan pantai dan jalan utama Kuala Terengganu - Kota Bharu.

Acara Setiu Treasure Hunt merupakan salah satu acara pengembaraan mencari harta karun secara berpasukan yang mana setiap kenderaan dihadkan seramai 4 orang.  Setiap pasukan dikenakan bayaran RM 100.00 (Ringgit Malaysia : Satu ratus sahaja). Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Mei 2000. Keterangan lanjut dan borang penyertaan ialah sebagaimana  `Lampiran berkembar'.

Bagi pertanyaan lanjut dan permohonan penyertaan, sila hubungi ;

Urusetia ` Setiu Treasure Hunt ',
Pejabat Daerah Setiu,
22100 Permaisuri,
Terengganu Darul Iman.
Telefon : 09-6099266/267
Faks : 09-6099017
Email:urusetia@ikhlas.com
URL :http://pekanbudaya.tripod.com
Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput untuk menyertai acara ini dan dipohon kerjasama untuk menghebahkan perkara ini.

Sekian, terima kasih.

" BERSAMA MEMAJUKAN DAERAH SETIU "

Adalah saya dengan hormatnya,

tt
( ADZLAN BIN MOHD DAGANG )
Pegawai Daerah,
Setiu.

BACK