|
LAWATAN
KE PULAU LAGENDA, LANGKAWI |
|
|
Setiu- 13 Julai- Pulau Lagenda,Langkawi, kami sekali lagi ke
Pulaumu untuk mencari ketenangan. Dalam kesibukan kami di bumi Setiu yang bertuah ini,
namamu sentiasa bermain dibibir di pihak kami, Ahli Jawatankuasa Setiu Treasure Hunt dan
Karnival Memancing.Setelah penat memerah keringat masa dan tenaga satu kejayaan
telah kami kecapi dengan hasil usaha kami menganjurkan Setiu Treasure Hunt dan Karnival
Memancing sempena Pekan Budaya Daerah Setiu. Kejayaan ini merupakan satu kejayaan yang
besar pada kami semua walaupun tidak berpengalaman untuk menganjurkannya, namun dengan
semangat yakin boleh serta komitmen tinggi yang diketuai oleh En. Jahani Ismail ahli
jawatankuasa telah berjaya membuktikan bahawa 'Setiu Boleh'.
|
|
|

|
|
|
Rombangan Ahli Jawatankuasa Treasure
Hunt dan Memancing bersedia menaiki feri yang menggamit kedatangan kami |
|
|
Tepat jam 7.00 pagi rombongan kami mula bertolak dari Putera Jaya Setiu dengan menaiki bas
SUK Terengganu. Pelbagai gelagat yang dapat dilihat sepanjang perjalanan kami, boleh
dikatakan sepanjang perjalanan itu juga suasana sentiasa riuh rendah dengan aksi yang
tersendiri begitu juga pemandu bas SUK, kemesraan dan keramahan rombongan kami telah
memikat hati pemandu bas untuk sama-sama merasai keseronokan ini.Banyak destinasi yang
kami singgahi untuk mengisi perut yang kadang kala berbunyi.............
|
|
|
Tepat jam 7.00 pagi rombongan kami telah sampai ke Jeti Kuala Perlis. Di situ kami
bersembahyang Subuh serta makan minum yang ditanggung oleh pengerusi Ahli Jawatankuasa
Setiu Treasure Hunt dan Memancing sementara menunggu feri yang akan membawa kami menuju ke
destinas kami yang terakhir 'PULAU LANGKAWI' pulau lagenda
jam 7.30 pagi.
|
|
|

|
|
|
apa yang difikirkan tu..........aku
nak bawak balik apa ya....nanti |
|
|
Hampir jam 9.00 pagi feri yang membawa rombongan kami mula menghampiri Jeti Kuah.
Kedatangan kami telah disambut oleh Wan Roslan, pengurus tempat penginapan yang juga
merupakan pemandu pelancong sepanjang kami berada di Pulau Langkawi. Pelbagai tempat
yang kami lawati, apa yang pasti lawatan kali ini merupakan satu lawatan yang sungguh
bermakna pada kami, setiap tempat yang dikunjungi, kami sentiasa bersama-sama.Boleh
dikatakan hampir semua tempat yang menarik telah kami singgahi.
|
|
|

|
|
|
UnderWater World salah satu tempat
yang amat menarik. Yang datang pasti melawat UnderWater World tempat pelbagai spesis ikan
yang terdapat diseluruh dunia |
|
|

|
|
|
salah satu tempat yang rombongan kami
singgah untuk menikmati makan pagi |
|